Saturday 21 April 2012

bilik tengah bayt abror hujan membasahi

Sahabat, andai kalian adalah ujian untuk menentukan kekalnya ukhuwah ini, tabah lah duhai diri

andai kalian benar2 mahukan kekalnya hubungan ini, kuatkan hati masing-masing

hati ini sakit..bila berbicara soal ukhuwah
bila berbicara soal budi
soal hati
soal kebaikan masing2
bagai duri mencucuk
bagai pisau menghiris

hati aku berdebar setiap kali bicara soal ini
aku penakut? aku pengecut
TAK
takut, pengecut,kecut hati bukan begini rasanya
aku pasti fikir panjang untuk keluarkan satu2 kenyataan
pada sahabat, hanya untuk sahabat


okey,tgah belek2 status lat fb,
terjumpa yang benar2 terkesan kat hati -.-'
terima kasih senior hilal
Kita akan berbeza pendapat dan pandangan dalam beberapa perkara. Pada saya, itu lumrah.

Tidak perlu terasa hati.
Kerana saya tidak pernah terasa hati dengan anda yang berbeza pendapat dengan saya.

Kalau pendapat saya tidak disokong,
saya sekadar bermuhasabah semula.
Dan kalau saya masih yakin dengan pendapat saya,
itu tandanya saya ada dasar yang kukuh untuk mempercayai itu benar dan betul.

Begitu juga dengan anda.

Jadi, perbezaan pendapat, bukanlah sepatutnya kita jadikan sebagai sebab perpecahan.
----------------------------------------------
Apatah lagi untuk 'kita-kita' yang tak kenal pun ni.
Chill la kan?
Kenal pun tak, nak bermusuh-musuh,
hanya kerana pendapat yang tidak sama.


Wednesday 29 February 2012

dari hati

Salam, hari ni saya dapat taw pasai hang (nak tulis 'awak' mcam hape pulak, tukar 'u' cam gedik, hang pon okee kan) hang cakap apa kat member saya? saya pening la, dah ada orang buat la cara ada orang!
hang ni, saya prefer lebih kesian pada orang sana, sebab apa? sebab saya faham perasaan dia..

fikir punya fikir, saya better kene jauhkan semua ni dari hang, saya takut mende lain jadi masa akan datang, ye saya tak mintak punn, tapi masa depan sape boleh tengok? sekurang2 nya saya punya HAri ni

fikir lagi sekali, saya tak boleh jauh dari hang, ade je mende2 kene p kat hang, itu yang tension sebenarnya!
saya berharap satu hari nanti kita kita lebih serius fikir hal ni , bukan macam budak2.
kalu ikutkan saya berhak untuk MARAH, yee saya boleh marah hang , marah gile2..
tapi.. saya tak bolehh, rase marah tu tade pun untuk hang..
saya sayang hang macam saudara saya sendiri..
saya sayang hang macam saya sayang diri saya sendiri
saya sayang semua kawan2 yang sayang saya
terima kaish sebab sayang saya (dah macam karangan budak darjah 1 dah aku tengok)

04:08am 1 MAC 2012 (waktu malaysia)
*signn*

Tuesday 28 February 2012

sem 4

Alhamdulillah dah banyak belajar.. nak jadi lagi matang..pandai buat keputusan dengan tepat
dan yang paling penting nak jadi anak solehah :)

Sunday 25 December 2011

hari aku

3 hari yang diberi cuti , pasti tidak mencukupi.. why? sebab masa dihabeskan dengan begitu je, NOTHING.. aku mnyesal~~ isk2 kenapa .. tolong~~apa yang aku buat?
apa yang aku lakukan? tolongg, exam nak dekat , tolong jgn main2 lagi
jangan mnyesal kemudian.. Allah :'(

Thursday 8 December 2011

tadi baru abes exam , yieeeha

Aih, banyak pulak post kat sini, bagaikan twitter pula..
maklum lah, ini qada' yang post lepas punya.. exam saya yang mana jatuh berderet2 minggu lepas,
terbaek dari lecture semua, anda semua memang mencabar buat saya, event cabar2 like this, saya memang sukaaa nya.. anda juga mengajar saya bagaimana nak uruskan hidup begini dan begini.. nah lihat, wasilah dari Dia tak pergi kemana, kembali pulang juga pada diri

Ini exam yang saya rasakan hebat setakat saya exam . tarikh exam jatuh pada hari Ahad, Selasa, Rabu, dan Khamis.. perghh ini semua subjek syaria dimana dalam buku kitab boleh dikira tebal gak aa.. saya ada dengar orang lain lagi teruk, satu hari 2 exam memang parah yang mana saya 1 hari untuk 1 subjek that means sampai okey2 je, memang nak bernafas puun, apa pun tak boleh..

sekarang atau kata cantik nya, petang tadi pada jam 4 petang saya tamat exam untuk exam kedua.. happy, entah kenapa , mungkin hilangkan rasa tak keruan dengan exam. exam kali ini buat saya DEMAM, hoho kau memang hebat la exam.. first day dah rasa sakit tekak, pergi ke dapur cari limau nipis utuk minum air perahanya , tapi limau itu tade pulaa.. suh roomate belikan esok hari tapi bila balik, dia lupaa isk
jadi saya abaikan tekak saya sampai hari ni tak jumpa2 dengan limau .. and teh one case sampai sekarang saya punya hidung masih xsembuh..
okey, kalau ikut sape nak sakit.. doakan saya sembuh!
moga kalian dalam rahmatNya

saya gembira

berkisah kan motif blog saya iaitu "sahabat"
ya sahabat, kami diperkenalkan melalui orang tengah, sehingga lah kami rapat
tapi sekarang dia sudah punya teman istimewa..
jauh disudut hati saya, jealous yess.. sebab dia tunjuk2 .. faham?
means benda tu sangat jelas nampak hubungan dia dengan yang tersayang.
saya ni siapa? ya saya siapa nak cakap macam tu kat dia..
tapi saya kawan awak kan? sukahati saya la nak cakap apa haha
entah kenapa, kalau awak tak cakap/cerita saya okee je..
yelah, hubungan dengan sapa2 xpayah nak cerita..
erm mungkin awak sedang membina benteng antara kita sebab kisah lalu?
okey, takpeee saya tak kisah huhu ..
sebab selama saya kawan ni, awak lah antara yang pelik pernah saya jumpa
awak pernah dengar tak satu ungkapan?

" aku harap, kawan aku yang macam kau hanya sorang saja
yang macam diri kau, biar tak tertukar dengan yang lain"

sbb tu aku xsuka kalau sapa2 membandingkan aku dgn sape2..
"ehh muka awak macam cikgu saya"
"ehh suara awak sama macam kawan saya"
pigii laaah..
aku adalah aku, titik..


catatan matang :
                        kita bersahabat sudah lama, kamu pnya hidup kamu, dan saya punya hidup saya.. saya tak minta banyak , cukup lah kalau saya minta jangan masuk campur dalam hidup peribadi saya, sebab?
kamu meremeh2kan saya , umpamamya, " oii kau bila nak ada teman hidup" "agak2 sape la orang yang kau sayang tu ek"  .. k dah, saya bukan tak mencari (cehh poyo je) dah tak de lagi buat masa ni..
saya bukan memilih (lagi poyo) tapi pengalaman mengajar saya . hanya sorang yang tahu kisah saya betul2 keluar dari mulut saya sendiri , rakan seperjuangan kat sini.. kalau ex saya tahu pasti dia kagum "wahhh bagusnya awak, awk xmemburukkan saya pun" ... "hai awak,kerja saya bukan nak buruk2 kan orang sesuka hati je (opps nmaaf kalo terasa)" .. jadi kat sini point saya nak bagitaw saya gembira awak sudah punya teman hidup for your future time, will you have a good memoir bersama dia nanti k .. lagipun itu adalah impian awak yang awak nak sangat kan, just go on, will hope you succes for your life
ikhlas dari lubuk hati suci murni , -syML2-

Friday 21 October 2011

mereka Pasti buat kau menangis

Dalam kita hidup aku berkawan.. sahabat paling mnyakitkan, kerana mereka mendewasakan kita.. kerana mereka aku matang..aku tak punya orang lain disini melainkan sahabat.. mereka lah rakan, mereka lah ibu, mereka lah bapa, merekan lah abang, kakak,adik dan sebagainya.. tapi setiap cubaan , setiap dugaan yg datang tidak lain adalah orang yang dekat dgn kita..
bila berkawan, hati mudah terguris. kadang2 layanan xsepatutnya yang diberi pada dia.xsetimpal dengan apa yang kita beri. bukan mahu kan balasan. contoh,senyum bil;a mendengar masalah nya. bagaimana dgn dia?waktu kita yang susah?tambah masalah lagi ade la, simple bukan? senyum adalah satu sihir yang bisa mengubah mood seseorang.. jika dalam islam ade sihir yang halal, maka ia adalah senyuman..
bukan kata budi baik, pertolongan perlu dibayar dengan wang mas atau sebagainya..
ini sesuatu yang terlepas pandang buat kita, jangan mudah ambil remeh..
melainkan jika kamu bersahabt dan tidak pernah hiraukan orang sekeliling!

malam ni,
lagu kutujukan :-
sha la la la la
*ukhuwah yang terbina persisi sekuntum bunga
 meskipun kita terpisah demi kasihNya
 namun cebisan kenangan kita
 sentiasa bermain di bayangan mata
 detik waktu yang berlalu
 menjadi memori kau dan aku

 sewaktu kita bersama
 saling setia menimba ilmu
 tanpa mengenal erti penat jemu
 ingatkah kau lagi?
 kita bersama memijak onak duri
 ditanah gersang
 mengutip semangat suci
 kini segalanya tersurat
 dalam sanubari

 bersabarlah dengan ketentuanNYa
 rahmat yang tersembunyi
 bertemu berpisah kerana Allah
 lumrah kehidupan
 insan beriman
 moga saat nan indah
 ku harap berulang lagi


"dan janganlah kamu berasa lemah . dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya)
JIKA kamu orang yang beriman" Ali -imran:139