Friday 21 October 2011

mereka Pasti buat kau menangis

Dalam kita hidup aku berkawan.. sahabat paling mnyakitkan, kerana mereka mendewasakan kita.. kerana mereka aku matang..aku tak punya orang lain disini melainkan sahabat.. mereka lah rakan, mereka lah ibu, mereka lah bapa, merekan lah abang, kakak,adik dan sebagainya.. tapi setiap cubaan , setiap dugaan yg datang tidak lain adalah orang yang dekat dgn kita..
bila berkawan, hati mudah terguris. kadang2 layanan xsepatutnya yang diberi pada dia.xsetimpal dengan apa yang kita beri. bukan mahu kan balasan. contoh,senyum bil;a mendengar masalah nya. bagaimana dgn dia?waktu kita yang susah?tambah masalah lagi ade la, simple bukan? senyum adalah satu sihir yang bisa mengubah mood seseorang.. jika dalam islam ade sihir yang halal, maka ia adalah senyuman..
bukan kata budi baik, pertolongan perlu dibayar dengan wang mas atau sebagainya..
ini sesuatu yang terlepas pandang buat kita, jangan mudah ambil remeh..
melainkan jika kamu bersahabt dan tidak pernah hiraukan orang sekeliling!

malam ni,
lagu kutujukan :-
sha la la la la
*ukhuwah yang terbina persisi sekuntum bunga
 meskipun kita terpisah demi kasihNya
 namun cebisan kenangan kita
 sentiasa bermain di bayangan mata
 detik waktu yang berlalu
 menjadi memori kau dan aku

 sewaktu kita bersama
 saling setia menimba ilmu
 tanpa mengenal erti penat jemu
 ingatkah kau lagi?
 kita bersama memijak onak duri
 ditanah gersang
 mengutip semangat suci
 kini segalanya tersurat
 dalam sanubari

 bersabarlah dengan ketentuanNYa
 rahmat yang tersembunyi
 bertemu berpisah kerana Allah
 lumrah kehidupan
 insan beriman
 moga saat nan indah
 ku harap berulang lagi


"dan janganlah kamu berasa lemah . dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya)
JIKA kamu orang yang beriman" Ali -imran:139

Friday 14 October 2011

rindu


Alhamdulillah baru pulang dari salah satu mantiqah kerana ada program bkan (persatuan anak negeri) .. dan aku bertolak malam sebelumnya lagi bersama rakan2 yang lain.. 
tujuan asal untuk aku ambil barang yang dikirim dari family kesini .. sesampai kerumah hati ini melonjak tidak sabar2 untuk membuka balutan tersebut yang berupa sebuah kotak (abi yang bungkus, terima kasih banyak2 abi) .. usai solat maghrib dan isya' terus meluru ambil gunting untuk buka balutan tersebut.. betapa gembira melihat ada sedikit makanan dari family :) dan hadiah dari adik2 sempena raya dan desakan aku untuk mereka tulis surat hehe .. maaf ye

ade 3 pucuk surat, dari ijah, kak long dan Lah.. kalo ikutkan tulisan tu , ijah punya tulisan tak berubah pun hee~tapi kak long (adik ke2 bongsu perempuan) dan Lah (bongsu perempuan) dah makin chantek tulisan mereka *wink2..
adik2, saat kakak membuka surat itu tangan terketar2 bersama mata ini terasa panas, mahu rasanya mutiara2 pedih dari mata jatuh berjurai akibat sebak menahan rindu
tapi aku kalah dengan persaanku, sebelum membacanya lagi air mata jatuh , ohh 
pesanan mereka ini buat aku bersemangat lagi untuk study , mereka menanti aku .. aku fikir hanya aku yang rindukan mereka (jahatnya kakak,bajet dia sorang je)
mereka benar2 menanti kepulangan aku ke tanah air. Lah mengingatkan memori2 dia bersama aku suatu ketika dahulu.. katanya aku suka bawa dia jalan2 , (memang la dik ,awak kecik lagi masa tu ,kakak bawa awak untuk tunjuk jalan supaya nanti2 awak dah tak sesat ^^, )
dan kakak pada Lah pula iaitu kak long. mengadu bahawa Lah ni pemalas HAHA , aku gelak sambil menangis, budak2 macam tu la, kakak pun pemalas juga, tapi sekarang dah rajen k :P...
Ijah, sekarang xlama nak SPM, ade lagi sebulan, take your time betul2 , biar betul2 sedia nak exam, kakak kat sini selalu mendoakan kalian.. 

pesan ijah padaku :
1)nak raya dah kan, kau tak balik , jangan lupa kitorang . event tak raya pun jangan lupa!
(Aku pelik, patutnya aku yang cakap kat dorang macam ni ;p hee)
2) study betul2, cepat2 habis.. tapi kau punya trade "hero xggaduh" hehe.. (heroin lah :P)
3,4 dan seterusnya aku lupa , yang aku tulis memang sgt terkesan kat lubuk hati ini .. thanksss susah2 tulis




kek sempena ulang tahun hehe, terima kasih kawan2


nampak surat disitu



p/s: keadaan aku dengan keadaan dalam cerita indonesia (yang ade mas azam a.k.a kang azam) lebih kurang.. mereka berhubung melalui surat,dan macam kami buat.. aku kat sini sentiasa on9.. tappi kekangan waktu yang tak sama dan mereka busy, dan aku juga .. buat kami kuat, untuk tabah dalam mengharungi sakit rindu ini.. khususnya buat aku
kadang2 aku call mereka seminggu sekali selama 40mint setiap minggu.. mendengar suara2 orang tersayang sudah cukup untuk aku tersenyum.. walau tak dapat menatap wajah mereka
(bagaimana agaknya wajah2 mereka, dan yang pasti mesti dah berubah, setahun sudah tak bertemu
doa rabitah ,pengikat kasih sayang antara kami ..


sehinga lah jadi begini, thanks adik2, syukran jazilan, dorang cakap, event murah tapi dorang nak cari ni susah taw hehe
thanks all my sisters : i'll always remember u in my do'a insyaAllah
kakak nampak ikhlas distu sebab mereka tak kan susah2 nak cari
itu menandakan korang ingat akak thankss sgt

Monday 10 October 2011

musim sejuk bakal tiba


Warghh!! (Ish buruknya).. baru bangun pagi pada jam 5.15am ,sikit lagi lewat alamak memang matahari meninggi.. pagi-pagi ni tak tahu nak buat apa, bukak buku nak study tapi g bukak blog ,alahai..
sejuk2 macam ni seyes memang sangat menggembirakan duk dalam selimut

ramai yg cakap kalau dah sejuk jadi malas, pastu lapar.. makan bnyak+ bnyak tido= buncit+tembam
tapi setakat ni ktorang tade lagi bulat2 macam doraemon :P






kami pernah habeskan untuk 8 orang, okey la kan??
not badd, huh best nya
tapi sekarang bila dah pindah rumah baru macam tade port plak nak berbeque


p/s:studyy!! , jgn malas2

Sunday 9 October 2011

si BF dan GF

kisah 1 hubungan yang saling sayang menyanyagi, tiada apa yang mampu memisahkan mereka ,mereka hidup bahagia atas dasar saling memahami,hilang salah seorang dari mereka umpama ikan tanpa air. kasih sayang mereka sangat kuat..saya shorform kan dia sebagai best friend (BF) dan rakan nya good friend (GF)
suatu hari :
Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak payah contact saya . Mksudnya tak payah text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok sape menang .
Gf : Okay !


Esoknya , si Gf terpksa lah menahan rindu dkat Bf . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati,kuatkan jiwa .

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dkat rumah Bf . Di luar rumah ,ramai orang . Dia mula rasa pelik then trus masukk ke rumah . Sekujur tubuh terbaring kaku di ruang tamu . Dan tubuh tu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi sepucuk surat hasil tinggalan BF pada GF .
Surat yng bertulis :
Sahabat,semalam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hidup bahagia tanpa saya . 

berjumpa, berkawan, bersahabat lah kerana Dia, dia yang menentukan segalanya.. kita takkan hidup tanpa kasih sayang Dia.jangan pernah melebihkan sesuatu dari kebesaran dia .. insyaAllah, bittaufiq

Wednesday 5 October 2011

otak melayang ke awan

Apa khabar iman hari ini.. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur pada Illahi dapat juga sy menaip sebaris dua untuk perkongsian .. manik2 jernih jatuh tanpa dipinta ,bila diri diselubung dgn selimut kerinduaan disana.. teringat kucupan terakhir dr seorang ayah semasa di tanah air..harapan sy agar kucupan itu terus menerus walau hnya illusi .. hati2 ini menyambungkan kita wahai keluarga tersayang..

sekadar mengisi masa, malam ni (iaitu tadi) pada pukul 9.00 malam ada program pengenalan tahfiz di tempat sy belajar.. sy dapati semangat itu rupanya 'tertinggal' disana (tempat program).. apakah boleh saya menjadi 'keluarga' disana?
bagaimana sy nak meletakkan komitmen sy event dalam hal2 kecik sy tak pandai nak jaga? ..
niat dihati semua mau, tapi Allah sudah berfirman dlm surah ar-ra'd ayat 11, inna Allah la yughairu ma biqaumin hattayughayyiruu ma bianfusikumm.. sesengguhnya Allah itu takkan ubah nasib sesuatu kaum, kalau dia yg xubah sendiri..

Rupanya saya bersahabat dengan orang HEBAT .. apakah daya terrasa diri ini hina.. mereka menganggap saya sebagai kakak, hormat saya (maybe rase bangga diri, huh). Allah hantar mereka untuk saya perbaiki diri ini.. subhanalah maha suci tuhan sekalian alam..
balik dari program , masih terfikir2 sekelilingku  orang hebat2 belaka.. kenapa saya tidak? ini tidak adil!
mungkin Dia dah susun yg terbaik, setiap org ada kelebihan.. mari kta ubah nasib kita,ayuh

balik dari program, sampai rumah dan terus masuk bilik buat kerja yang lect bagi tadi pagi.. tiba2 bunyi loceng tanda ada tetamu .. rakan membuka nya, kemudian menjerit, miaaa! ade buku
saya : hahh, buku apa?
'entah , ade orang bagi buku terjemah subjek untuk sem ni'
saya: err, cane dia tahu saya amik subjek ni?
rakan: tak tahu lah , dia suh belajar elok2 taw ~~
iya, terima kasih

Nikmat dia tadi tu , mengingatkan saya segalanya..
segalanya..
mood: muhasabah ..

p/s:bersabarlah wahai hati..

Monday 3 October 2011

hakikat nya ..

hakikatnya, tak tertanggung lagi derita, dipangkuan isterimu humaira" lalala.. lirik nasyid
usah ditangisi derita kan berpanjangann... *lirik

Salam sejahtera.. sihat kah anda? sy tade point nak kongsi pada blog ini.. apala, time susah2 baru sebok2 nk tulis -.-.. okey , sekarang nak mulalan sedikit perkongsian hasil liqa dalam bulatan , lutut bertemu lutut sampai lenguh urat2 saraf hee.. sy memang tak boleh nk bersila lama2, centre kat kepala lutut mudah sgt rse kebas dan kadang2 rasa sakit.. harap2 sedikit kesakitan ini membawa pada kesenangan suatu hari nanti..

kita manusia cantik, lawa, hensem,kacak, bergaya, kaya,bnyak kereta, berpangkat besar, pekerja yg komitmen ngan tugas, hidup senang lenang, dibawah penyaman udara.. tapi sedarkan , tua miskin kaya hina papa dan lain2 adalah hakikatnya kita ini HAMBA.. hamba, yaa hamba pada TUAN kita..kita hidup bercorak kan kesenangan bilamana negara2 lain ditimpa bom,bencana alam, kebuluran, tanah kering kontang.. kita kat sini bersenang lenang tersenyum gembira.. nikmat besar dalam hidup kita adalah bila hamba itu bangun pagi dan dia dapati dia masih bernyawa.. bukti tuan kita masih perlukan khidmat, tanggungjawab , amanat yang dia berikan dimana harus bagi kita untuk menunaikan hak itu

tanya seorang hamba :
 " kenapa aku diciptakan atas bumi ini, dan dibebankan pula dengan tanggungjawab2 diatas bahu? sedangakan memang aku tak diminta pun untuk lahir kebumi ".......

jawapan : cuba fikir balik, kalau kita tak diciptakan puun, Allah s.w.t itu TETAP tuhan sekalian alam kan??
tuhan kepada nabi kita, tuhan pada moyang kita adam a.s...
kita ada akal untuk berfikir, tapi berfikirlah dengan cara yang Allah tetapkan
iaitu..dengan melihat alam..
kenapa kita nak seksa diri kita dengan keadaan begini sedangkan Allah tahu kita mampu lakukannya?jangan risau , bila Allah suruh buat sesuatu, Allah itu ada dengan kita :)
sabar itu indah ..
(bercakap/menulis sgt senang, bila nak buat nya T_T ..)