Sunday 25 December 2011

hari aku

3 hari yang diberi cuti , pasti tidak mencukupi.. why? sebab masa dihabeskan dengan begitu je, NOTHING.. aku mnyesal~~ isk2 kenapa .. tolong~~apa yang aku buat?
apa yang aku lakukan? tolongg, exam nak dekat , tolong jgn main2 lagi
jangan mnyesal kemudian.. Allah :'(

Thursday 8 December 2011

tadi baru abes exam , yieeeha

Aih, banyak pulak post kat sini, bagaikan twitter pula..
maklum lah, ini qada' yang post lepas punya.. exam saya yang mana jatuh berderet2 minggu lepas,
terbaek dari lecture semua, anda semua memang mencabar buat saya, event cabar2 like this, saya memang sukaaa nya.. anda juga mengajar saya bagaimana nak uruskan hidup begini dan begini.. nah lihat, wasilah dari Dia tak pergi kemana, kembali pulang juga pada diri

Ini exam yang saya rasakan hebat setakat saya exam . tarikh exam jatuh pada hari Ahad, Selasa, Rabu, dan Khamis.. perghh ini semua subjek syaria dimana dalam buku kitab boleh dikira tebal gak aa.. saya ada dengar orang lain lagi teruk, satu hari 2 exam memang parah yang mana saya 1 hari untuk 1 subjek that means sampai okey2 je, memang nak bernafas puun, apa pun tak boleh..

sekarang atau kata cantik nya, petang tadi pada jam 4 petang saya tamat exam untuk exam kedua.. happy, entah kenapa , mungkin hilangkan rasa tak keruan dengan exam. exam kali ini buat saya DEMAM, hoho kau memang hebat la exam.. first day dah rasa sakit tekak, pergi ke dapur cari limau nipis utuk minum air perahanya , tapi limau itu tade pulaa.. suh roomate belikan esok hari tapi bila balik, dia lupaa isk
jadi saya abaikan tekak saya sampai hari ni tak jumpa2 dengan limau .. and teh one case sampai sekarang saya punya hidung masih xsembuh..
okey, kalau ikut sape nak sakit.. doakan saya sembuh!
moga kalian dalam rahmatNya

saya gembira

berkisah kan motif blog saya iaitu "sahabat"
ya sahabat, kami diperkenalkan melalui orang tengah, sehingga lah kami rapat
tapi sekarang dia sudah punya teman istimewa..
jauh disudut hati saya, jealous yess.. sebab dia tunjuk2 .. faham?
means benda tu sangat jelas nampak hubungan dia dengan yang tersayang.
saya ni siapa? ya saya siapa nak cakap macam tu kat dia..
tapi saya kawan awak kan? sukahati saya la nak cakap apa haha
entah kenapa, kalau awak tak cakap/cerita saya okee je..
yelah, hubungan dengan sapa2 xpayah nak cerita..
erm mungkin awak sedang membina benteng antara kita sebab kisah lalu?
okey, takpeee saya tak kisah huhu ..
sebab selama saya kawan ni, awak lah antara yang pelik pernah saya jumpa
awak pernah dengar tak satu ungkapan?

" aku harap, kawan aku yang macam kau hanya sorang saja
yang macam diri kau, biar tak tertukar dengan yang lain"

sbb tu aku xsuka kalau sapa2 membandingkan aku dgn sape2..
"ehh muka awak macam cikgu saya"
"ehh suara awak sama macam kawan saya"
pigii laaah..
aku adalah aku, titik..


catatan matang :
                        kita bersahabat sudah lama, kamu pnya hidup kamu, dan saya punya hidup saya.. saya tak minta banyak , cukup lah kalau saya minta jangan masuk campur dalam hidup peribadi saya, sebab?
kamu meremeh2kan saya , umpamamya, " oii kau bila nak ada teman hidup" "agak2 sape la orang yang kau sayang tu ek"  .. k dah, saya bukan tak mencari (cehh poyo je) dah tak de lagi buat masa ni..
saya bukan memilih (lagi poyo) tapi pengalaman mengajar saya . hanya sorang yang tahu kisah saya betul2 keluar dari mulut saya sendiri , rakan seperjuangan kat sini.. kalau ex saya tahu pasti dia kagum "wahhh bagusnya awak, awk xmemburukkan saya pun" ... "hai awak,kerja saya bukan nak buruk2 kan orang sesuka hati je (opps nmaaf kalo terasa)" .. jadi kat sini point saya nak bagitaw saya gembira awak sudah punya teman hidup for your future time, will you have a good memoir bersama dia nanti k .. lagipun itu adalah impian awak yang awak nak sangat kan, just go on, will hope you succes for your life
ikhlas dari lubuk hati suci murni , -syML2-

Friday 21 October 2011

mereka Pasti buat kau menangis

Dalam kita hidup aku berkawan.. sahabat paling mnyakitkan, kerana mereka mendewasakan kita.. kerana mereka aku matang..aku tak punya orang lain disini melainkan sahabat.. mereka lah rakan, mereka lah ibu, mereka lah bapa, merekan lah abang, kakak,adik dan sebagainya.. tapi setiap cubaan , setiap dugaan yg datang tidak lain adalah orang yang dekat dgn kita..
bila berkawan, hati mudah terguris. kadang2 layanan xsepatutnya yang diberi pada dia.xsetimpal dengan apa yang kita beri. bukan mahu kan balasan. contoh,senyum bil;a mendengar masalah nya. bagaimana dgn dia?waktu kita yang susah?tambah masalah lagi ade la, simple bukan? senyum adalah satu sihir yang bisa mengubah mood seseorang.. jika dalam islam ade sihir yang halal, maka ia adalah senyuman..
bukan kata budi baik, pertolongan perlu dibayar dengan wang mas atau sebagainya..
ini sesuatu yang terlepas pandang buat kita, jangan mudah ambil remeh..
melainkan jika kamu bersahabt dan tidak pernah hiraukan orang sekeliling!

malam ni,
lagu kutujukan :-
sha la la la la
*ukhuwah yang terbina persisi sekuntum bunga
 meskipun kita terpisah demi kasihNya
 namun cebisan kenangan kita
 sentiasa bermain di bayangan mata
 detik waktu yang berlalu
 menjadi memori kau dan aku

 sewaktu kita bersama
 saling setia menimba ilmu
 tanpa mengenal erti penat jemu
 ingatkah kau lagi?
 kita bersama memijak onak duri
 ditanah gersang
 mengutip semangat suci
 kini segalanya tersurat
 dalam sanubari

 bersabarlah dengan ketentuanNYa
 rahmat yang tersembunyi
 bertemu berpisah kerana Allah
 lumrah kehidupan
 insan beriman
 moga saat nan indah
 ku harap berulang lagi


"dan janganlah kamu berasa lemah . dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya)
JIKA kamu orang yang beriman" Ali -imran:139

Friday 14 October 2011

rindu


Alhamdulillah baru pulang dari salah satu mantiqah kerana ada program bkan (persatuan anak negeri) .. dan aku bertolak malam sebelumnya lagi bersama rakan2 yang lain.. 
tujuan asal untuk aku ambil barang yang dikirim dari family kesini .. sesampai kerumah hati ini melonjak tidak sabar2 untuk membuka balutan tersebut yang berupa sebuah kotak (abi yang bungkus, terima kasih banyak2 abi) .. usai solat maghrib dan isya' terus meluru ambil gunting untuk buka balutan tersebut.. betapa gembira melihat ada sedikit makanan dari family :) dan hadiah dari adik2 sempena raya dan desakan aku untuk mereka tulis surat hehe .. maaf ye

ade 3 pucuk surat, dari ijah, kak long dan Lah.. kalo ikutkan tulisan tu , ijah punya tulisan tak berubah pun hee~tapi kak long (adik ke2 bongsu perempuan) dan Lah (bongsu perempuan) dah makin chantek tulisan mereka *wink2..
adik2, saat kakak membuka surat itu tangan terketar2 bersama mata ini terasa panas, mahu rasanya mutiara2 pedih dari mata jatuh berjurai akibat sebak menahan rindu
tapi aku kalah dengan persaanku, sebelum membacanya lagi air mata jatuh , ohh 
pesanan mereka ini buat aku bersemangat lagi untuk study , mereka menanti aku .. aku fikir hanya aku yang rindukan mereka (jahatnya kakak,bajet dia sorang je)
mereka benar2 menanti kepulangan aku ke tanah air. Lah mengingatkan memori2 dia bersama aku suatu ketika dahulu.. katanya aku suka bawa dia jalan2 , (memang la dik ,awak kecik lagi masa tu ,kakak bawa awak untuk tunjuk jalan supaya nanti2 awak dah tak sesat ^^, )
dan kakak pada Lah pula iaitu kak long. mengadu bahawa Lah ni pemalas HAHA , aku gelak sambil menangis, budak2 macam tu la, kakak pun pemalas juga, tapi sekarang dah rajen k :P...
Ijah, sekarang xlama nak SPM, ade lagi sebulan, take your time betul2 , biar betul2 sedia nak exam, kakak kat sini selalu mendoakan kalian.. 

pesan ijah padaku :
1)nak raya dah kan, kau tak balik , jangan lupa kitorang . event tak raya pun jangan lupa!
(Aku pelik, patutnya aku yang cakap kat dorang macam ni ;p hee)
2) study betul2, cepat2 habis.. tapi kau punya trade "hero xggaduh" hehe.. (heroin lah :P)
3,4 dan seterusnya aku lupa , yang aku tulis memang sgt terkesan kat lubuk hati ini .. thanksss susah2 tulis




kek sempena ulang tahun hehe, terima kasih kawan2


nampak surat disitu



p/s: keadaan aku dengan keadaan dalam cerita indonesia (yang ade mas azam a.k.a kang azam) lebih kurang.. mereka berhubung melalui surat,dan macam kami buat.. aku kat sini sentiasa on9.. tappi kekangan waktu yang tak sama dan mereka busy, dan aku juga .. buat kami kuat, untuk tabah dalam mengharungi sakit rindu ini.. khususnya buat aku
kadang2 aku call mereka seminggu sekali selama 40mint setiap minggu.. mendengar suara2 orang tersayang sudah cukup untuk aku tersenyum.. walau tak dapat menatap wajah mereka
(bagaimana agaknya wajah2 mereka, dan yang pasti mesti dah berubah, setahun sudah tak bertemu
doa rabitah ,pengikat kasih sayang antara kami ..


sehinga lah jadi begini, thanks adik2, syukran jazilan, dorang cakap, event murah tapi dorang nak cari ni susah taw hehe
thanks all my sisters : i'll always remember u in my do'a insyaAllah
kakak nampak ikhlas distu sebab mereka tak kan susah2 nak cari
itu menandakan korang ingat akak thankss sgt

Monday 10 October 2011

musim sejuk bakal tiba


Warghh!! (Ish buruknya).. baru bangun pagi pada jam 5.15am ,sikit lagi lewat alamak memang matahari meninggi.. pagi-pagi ni tak tahu nak buat apa, bukak buku nak study tapi g bukak blog ,alahai..
sejuk2 macam ni seyes memang sangat menggembirakan duk dalam selimut

ramai yg cakap kalau dah sejuk jadi malas, pastu lapar.. makan bnyak+ bnyak tido= buncit+tembam
tapi setakat ni ktorang tade lagi bulat2 macam doraemon :P






kami pernah habeskan untuk 8 orang, okey la kan??
not badd, huh best nya
tapi sekarang bila dah pindah rumah baru macam tade port plak nak berbeque


p/s:studyy!! , jgn malas2

Sunday 9 October 2011

si BF dan GF

kisah 1 hubungan yang saling sayang menyanyagi, tiada apa yang mampu memisahkan mereka ,mereka hidup bahagia atas dasar saling memahami,hilang salah seorang dari mereka umpama ikan tanpa air. kasih sayang mereka sangat kuat..saya shorform kan dia sebagai best friend (BF) dan rakan nya good friend (GF)
suatu hari :
Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak payah contact saya . Mksudnya tak payah text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok sape menang .
Gf : Okay !


Esoknya , si Gf terpksa lah menahan rindu dkat Bf . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati,kuatkan jiwa .

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dkat rumah Bf . Di luar rumah ,ramai orang . Dia mula rasa pelik then trus masukk ke rumah . Sekujur tubuh terbaring kaku di ruang tamu . Dan tubuh tu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi sepucuk surat hasil tinggalan BF pada GF .
Surat yng bertulis :
Sahabat,semalam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hidup bahagia tanpa saya . 

berjumpa, berkawan, bersahabat lah kerana Dia, dia yang menentukan segalanya.. kita takkan hidup tanpa kasih sayang Dia.jangan pernah melebihkan sesuatu dari kebesaran dia .. insyaAllah, bittaufiq

Wednesday 5 October 2011

otak melayang ke awan

Apa khabar iman hari ini.. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur pada Illahi dapat juga sy menaip sebaris dua untuk perkongsian .. manik2 jernih jatuh tanpa dipinta ,bila diri diselubung dgn selimut kerinduaan disana.. teringat kucupan terakhir dr seorang ayah semasa di tanah air..harapan sy agar kucupan itu terus menerus walau hnya illusi .. hati2 ini menyambungkan kita wahai keluarga tersayang..

sekadar mengisi masa, malam ni (iaitu tadi) pada pukul 9.00 malam ada program pengenalan tahfiz di tempat sy belajar.. sy dapati semangat itu rupanya 'tertinggal' disana (tempat program).. apakah boleh saya menjadi 'keluarga' disana?
bagaimana sy nak meletakkan komitmen sy event dalam hal2 kecik sy tak pandai nak jaga? ..
niat dihati semua mau, tapi Allah sudah berfirman dlm surah ar-ra'd ayat 11, inna Allah la yughairu ma biqaumin hattayughayyiruu ma bianfusikumm.. sesengguhnya Allah itu takkan ubah nasib sesuatu kaum, kalau dia yg xubah sendiri..

Rupanya saya bersahabat dengan orang HEBAT .. apakah daya terrasa diri ini hina.. mereka menganggap saya sebagai kakak, hormat saya (maybe rase bangga diri, huh). Allah hantar mereka untuk saya perbaiki diri ini.. subhanalah maha suci tuhan sekalian alam..
balik dari program , masih terfikir2 sekelilingku  orang hebat2 belaka.. kenapa saya tidak? ini tidak adil!
mungkin Dia dah susun yg terbaik, setiap org ada kelebihan.. mari kta ubah nasib kita,ayuh

balik dari program, sampai rumah dan terus masuk bilik buat kerja yang lect bagi tadi pagi.. tiba2 bunyi loceng tanda ada tetamu .. rakan membuka nya, kemudian menjerit, miaaa! ade buku
saya : hahh, buku apa?
'entah , ade orang bagi buku terjemah subjek untuk sem ni'
saya: err, cane dia tahu saya amik subjek ni?
rakan: tak tahu lah , dia suh belajar elok2 taw ~~
iya, terima kasih

Nikmat dia tadi tu , mengingatkan saya segalanya..
segalanya..
mood: muhasabah ..

p/s:bersabarlah wahai hati..

Monday 3 October 2011

hakikat nya ..

hakikatnya, tak tertanggung lagi derita, dipangkuan isterimu humaira" lalala.. lirik nasyid
usah ditangisi derita kan berpanjangann... *lirik

Salam sejahtera.. sihat kah anda? sy tade point nak kongsi pada blog ini.. apala, time susah2 baru sebok2 nk tulis -.-.. okey , sekarang nak mulalan sedikit perkongsian hasil liqa dalam bulatan , lutut bertemu lutut sampai lenguh urat2 saraf hee.. sy memang tak boleh nk bersila lama2, centre kat kepala lutut mudah sgt rse kebas dan kadang2 rasa sakit.. harap2 sedikit kesakitan ini membawa pada kesenangan suatu hari nanti..

kita manusia cantik, lawa, hensem,kacak, bergaya, kaya,bnyak kereta, berpangkat besar, pekerja yg komitmen ngan tugas, hidup senang lenang, dibawah penyaman udara.. tapi sedarkan , tua miskin kaya hina papa dan lain2 adalah hakikatnya kita ini HAMBA.. hamba, yaa hamba pada TUAN kita..kita hidup bercorak kan kesenangan bilamana negara2 lain ditimpa bom,bencana alam, kebuluran, tanah kering kontang.. kita kat sini bersenang lenang tersenyum gembira.. nikmat besar dalam hidup kita adalah bila hamba itu bangun pagi dan dia dapati dia masih bernyawa.. bukti tuan kita masih perlukan khidmat, tanggungjawab , amanat yang dia berikan dimana harus bagi kita untuk menunaikan hak itu

tanya seorang hamba :
 " kenapa aku diciptakan atas bumi ini, dan dibebankan pula dengan tanggungjawab2 diatas bahu? sedangakan memang aku tak diminta pun untuk lahir kebumi ".......

jawapan : cuba fikir balik, kalau kita tak diciptakan puun, Allah s.w.t itu TETAP tuhan sekalian alam kan??
tuhan kepada nabi kita, tuhan pada moyang kita adam a.s...
kita ada akal untuk berfikir, tapi berfikirlah dengan cara yang Allah tetapkan
iaitu..dengan melihat alam..
kenapa kita nak seksa diri kita dengan keadaan begini sedangkan Allah tahu kita mampu lakukannya?jangan risau , bila Allah suruh buat sesuatu, Allah itu ada dengan kita :)
sabar itu indah ..
(bercakap/menulis sgt senang, bila nak buat nya T_T ..)

Monday 26 September 2011

tujuan anda difollow


Mula2 nak masuk dalam dunia damia adalh secara random, yela blog ni masih baru, tak femes..sekadar buat untuk rajin2 kan diri ini..wujudnya blog damia sekadar luahan hati yang terbuku simpan ni.. sebab saya risau kalau2 api yang simpan lama2 nanti meletus, bukan sekadar melepas batuk kat luar tangga, tapi kesenangan dan pengalaman menarik insyaALlah akan dikongsikan :).jadi sy amik cara bukak akaun baru, itu je niat nya , tade yg lain..bukan sy xcari orang untuk cerita masalah, tapi sy agak susah untuk merpercayai orang2..dengan itu sy masih tercari2 murabbi untuk diri yg xberapa layak menerima seorang murabbi :(.. kepada sahabat2 yang sudah sy follow, maaf kalau xkenal .. sy pun pun xkenal korang, tetapi blog2 korang buat sy tertarik untuk follow, bnyak info menarik dr korang..terima kasih, harap sudi2 berkawan dengan saya :).. 






 area tempat sy belajar,tempat penat lelah,tempat menginap untuk berenang mencari mutiara



ini kalau makan, sehari dah xpayah makan nasik .. 




okey dah penat, sekarang waktu berehat, esok ade 3 kelas yang mana gap nya sgt best .. muka da buat org nak sorong bantal, mencari2 tempat beradu.. moga matahari tak malu menjenguk saya yg pemalas ini huk2..
moga esok lebih baik dari semalam
*masa yang lalu bukan milikku,tapi aku ada hari ini*

Wednesday 21 September 2011

nikmat ini

Ya Allah , sungguh tak disangka2 diwaktu tengah kering sengkek ini masih ada hamba yang budiman yang baek hati menolong tanpa dipinta .. Ya Allah seolah2 Engkau mengetahui segala2 nya .. jadikan hamba ini orang yang sentiasa bersyukur atas apa saja nikmat yang kau berikan ..


kau yang satu 
sangat berkuasa padu
kami yang tunduk sayu 
mengharap hanya nikmatMu
hingga aku menjadi malu
pada dosa2 yang lalu 
ohh hati ini terasa pilu 
mengenang perbuatan dahulu 

harapan ku padaMu ya Allah
tidak tergambar dengan kata 
wahai mata, menangislah 
tanda syukur kita pada pencipta

harapan Mu pada ku ya Allah 
cuma secebis satu kata 
aku yang lena ini berkata , apakah?
hanya darimu wahai hamba adalah TAQWA...

Thursday 15 September 2011

when i Silent!~

Sehingga kini iman snipis kulit bawang saya berkata2 .. kehadapan rakan yang disayangi.. ingin sekali saya berkata2 semua apa yang saya rasa , saat ini diri kebingungan dalam berkata2 .. nak diam pun serba salah , xdiam lagi bersalah.. bila diri tercabar dalam kata2 , hilang iman itu sendiri melayang ke udara.
awak!! buat tangan saya terketar2 menahan tangan ini melayang .. awak! buat hati saya menggelegak menahan dari meletup .. awak!buat muka saya merah semerah cili kering! .. ketahui lah awak , saya sudah sangat lama bersabar dengan awak , dan sekarang entah kenapa tergerak hati ingin menulis coretan rasa ini

                                 ***

bila diketahui perangai awak yang xboleh blahh tue, saya mula menerima sedikit demi sedikit.. tapi nyata..
saya tak boleh menerima keadaan awak yang suka mninggi2 kan suara depan kami yang tua ini khusus nya.. bila api ditiup, apa lagi?? makin naik la .. tolong la jangan bermain dengan kata2 , menusuk hati ni. saat saya berkata benar bahawa saya terasa dengan awak, yes!! saya maksudkan nya , tolong .. saya memang suka bergurau , tapi biar kene kene dengan tempat nya.. tadi , masa kita jalan2, hati ini panas!! solution nya saya diam, event memang saya xsuka diam! tapi saya kene diam jugak! awak tahu tak betapa seksa nak melawan mujahadah itu? awak tahu tak letih nya saya berlawan dengan diri ini?awak tahu tak betapa perit nya saya nak senyum depan awak?

yelaa , saya tak boleh nak cakap apa2 dengan perangai awak tu sebab nya , dengan mak sendiri pun boleh meninggi suara .. woi! kalau bapak aku ,cakap macam tu dengan dia, mau nya aku tidur kat luar rumah .. erm tak dapat nafi , orang kata mak borek anak yg rintik .. bukan saya nak bajet bagus , ini salah satu cara saya nak tenangkan hati saya yang panas+pedas ini .. patut la roomate nya tak tahan dulu pada sem pertama, sampai menangis2.. awak ,awak tahu kan dalam qur'an ade cakap mafhum nya 'jangan berkata uhhh pada ibu bapamu' usah nak melawan menyepak menampar .. nak kata uhhh puuun tak boleh.. pastu ade kata2 hukama' cakap Redha Allah tu dekat redha kedua mak ayah ko.. ermm , kalau saya tengok filem2, drama2 melayu yang menengking2 mak ayah dorang (event cerita lawak ) hati aku naikk hangin , berdebar2 rasa nak marah , xde rase hormat langsung!! itukah yang diterapkan kat remaja2 , anak2 sekarang??

Awak, menda kecik pun nak tenking2 xpayah la.. awak merosakkan hati saya yang kian rosak taw ..
panggilan kau aku antara awak ngan saya mula2, meemang saya xsenang! sesuka kau je eaahh.. maybe saya susah nak terima orang baru lagi2 bukan satu negeri.. saya tenangkan diri dengan mungkin dgn panggilan sebegitu boleh merapatkan kami , erm mungkinkah?
malam itu , seorang rakan datang menginap kat rumah kita .. awak cakap kat saya "heii!! kau ketepi sikit" (memang! saya saja2 je nak buat awak marah , sesaja kacau mood awk yg baik tu ) tapi dengan gurauan bukan seruis, then saya xrasa apa2 pun sebab dah kaliss awk tahuu?bahkan masih ukir senyuman
rakan tu balas balik " wei ko, dia tu kakak laaa" .. saya tersentap , okey saya kakak ..
dia pun dgn gaya mngejek 'akak,boleh bla bla bla... ' (dengan lembut)
bila saya fikirkan , entah la xtahu nak tegur macam mana
saya bukan baik , sebab saya tak baik , saya taknak orang sekeliling saya tak baik jugak ..
jika sesuatu musibah pada mu , itu sebab nya ada 2
1) bala    2) ujian

okey yang datang kat saya ni harap nya ,ini ujian buat saya ..

kita ikut caraa oRAngG...

okeyy.. mula2 saya buat2 baik , xtunjuk saya ni macam mana orang nya .. tapi bila hangin sumsum dah naek, aku boleh keluar kan apa2 jenis perkataan punn, dan yess i mean's it! .. saya mengikut cara orang tu layan saya macam mana .. jadi kamu yg layan sy macam agar2, agar2 jga saya layan .. betul kata pepatah 'kita berbudi pada yg berbahasa'.. kepada agar2 , jika saya layan org lain sedikit 'lain' caranya xpayah cakap saya hipokrit evebt jelas dan terang sy hipokrit sebab memang begitu layanan saya , dan kamu JANGAN pertikaikan! jika kamu like aGar2 yg sedap dimakan~ yummmy

Sunday 11 September 2011

wajah bertukar jadi himar -->keldai

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?"

"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu


minta maaf , cerita ini dicopy seratus peratus.. sy sgt la terasa 'sibuk' dgn kerja lain . memandangkan cerita ini menarik dan sgt2 terkesan buat saya bahawasanya memakan harta riba itu haram hukum nya.atas sebab itu sy copy >,<. jadi marilah kita sama2 menjauhi riba dan perbanyakkan selawat pada nabi... sollu a'la nabi 

Thursday 1 September 2011

Ya Allah,

malas nya nak update blog..
tak paham laa,
kenapa semua rajen update entry2 terbaru?
apa korang buat ?
apa korang tulis..?
kenapa rejen sangat?
macam mana nak rajen macam korang?
=.=

Tuesday 23 August 2011

kau buat ku jatuh cinta






Sewaktu dulu kala , diri ini pernah tersadung tengok dan melayan sinetron seberang.. gara-gara adik yang buka dan menontonnya sehingga terikut sekali dan saya hanya join pada waktu kelas tamat @ kosong pada hari tersebut.. saya pelajar tingkatan 3 yang mana masih muda baru disesi PMR telah meminati salah seorang aktor sinetron tersebut.. Entah kenapa aktor tersebut benar2 menarik minat ini .. walaupun berpuluh lelaki hensem dan smart or macho dan semua2 lah telah berleluasa di kaca tv.. dan kalau ikut kan dia bukan antara top 10 dalam katogeri senarai list lelaki kacak (cehh) sebenarnya tak minat dia pun (pulak dah ) memang tak minat pun dia.. cuma dia salah satu wasilah saya PERNAH minat pada salah seoarang rakan satu sekolah dengannya sewaktu ketika dahulu.. walaupun hanya sama sekolah selama setahun sahaja (apakah perasaan ini) .. dan saya hanya mengenalinya selama setahun juga.. tanpa mengenali hati budi tanpa berbual , sudah lebih dari cukup dengan tahu alamat rumahnya, rumah nya di mana (tu memang kalau dah tahu alamat) tahu plat motornya , sekarang dah lupe sebab lama tak jumpa, lagi tahu dia suka apa, pernah dengar suaranya dan saya meminati hanya dalam diam..ini kisah lama, kisah budak2, bila terkenangkan kisah ni, sangat melucukan

bila fikir-fikir kan balik tak ada apa faedah pun semua tu,  dah memang fitrah manusia ni ada perasaan cinta pada manusia.. sebab kalau kita tak ada perasaan cinta itu, tak akan adanya kita dibumi ini.. kerana kita dicipta atas dasar cinta Dia..ini semua wasilah, untuk kita compare kan diri merasakan cinta manusia , dan mengetahui bagaimana cinta nya Dia pada kita.. apa perasaan orang rindu pada kita? terharu bukan..
Ketahui lah Allah merindui hamba2 yang dekat padanya, sangat sayang pada kita, buktinya saya dan anda masih bernafas dan mempunyai pelbagai nikmat sehingga dapat menghadap dihadapan laptop ni buka hehe, Bersyukurlah, qul Alhamdulillah.. jadilah kita pemuda/pemudi yang mencintai dan dicintai Nya

kadang kadang kita berdoa untuk kuat
tapi kenapa banyak dugaan?
kadang kadang kita minta kelapangan
tetapi kenapa masalah pula datang
kadang kadang kita minta kebahagiaan
tapi huru hara pula jadinya
DUGAAN menjadikan kita kuat
masalah menjadika kiat berfikir
huru hara menjadikan kita tabah
kalau lah kita tahu hadith ini
jibrail telah berkata
"wahai tuhan ku kau sampaikan lah hajat hambaMu ini"
maka Allah telah menjawab
"biarlah hambaKu ini, Aku menCINTAI suaranya "

Ya Allah jadikanlah aku salah seorang hamba yang kau cintai itu, orang yang kasih pada a
gamaMu dan jadikan aku tetap dalam Rahmat dan Kasih Sayang Mu..

Sunday 21 August 2011

perempuan menyusahkan??



Ada orang kata video ni bukti perempuan menyusah kan .. cuba tengok tak rugi kalau tengok :)

so,  bagi pendapat damia la kan itu reliti .. bila takde duit orang tak masuk dekat.. entah la rase sedih je kalau fikir bab duit sebab damia pun tahu dan damia pernah je tade duit.. kawan2 kat mana semua masa tu? masa tgah kaya dan marjerin ramai pula yang serbu.. bila dah sengkek tinggal debu kat muka..

pasal video tu pulak ade laki dan perempuan ann.. laki tu mati2 sanggup tolong perempuan tu, bila dah tade duit membebel macam mak nenek.. uhh xsukee
dah kalau orang sanggup berkorban buat kita pandai la nak berterima kasih .. ye, nak bayar balik rase nya memang tak terbayar..this not mean's bayar yang dgn 'berterima kasih' buat 'itu'
dunia sekarang bila duit dah tak ada maruah hilang tercampak kat kaki 5

Tapi ukhuwah kita, nilai kasih sayang yang mengikat tali hubungan itu sendiri.. macam mana mula2 perkenalan begitu lah rase pengakhiran nuh kat nun jauh kekal , mesti manis nak kan
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها  => Allah tak membebani seseorang tu sesuai dgn kesanggupannya
percaya lah, tak ada kata2 lain yang dapat percaya dengan kata2 Dia ...
kalau sapa2 tahu perasaan susah dahulu baru senang.. rasai sendiri, memang tak terkata dan xboleh nak cakap lah kat sape2 rase tu macam mana.. sesuatu yang berat nak tempuh tapi akhirnya menang di akhirnya ,so greaaaaaaaat ...
macam pelari pecut 100 meter - 1km .. apa dia dapat?
lelah , penat , letih , peluh , semuanya.. tapi nanti kan dihujung sana
ada kegembiraan menanti TAPI denga  usaha yang telah dilakukan siang malam itu yang penting :)

p/s : nasib la lelaki dalam video tu , usaha dah.. perempuan tu tanak jugak nak buat macam mana :P 

Saturday 20 August 2011

penyakit kalau waktu sahur tak bangun

kreeeeeeeeeeeeeeeeeeeekk (pintu dibuka) .. oii, bangun bangun! sahurr.. dah pukul berapa ni .. cepat!
stail member kejut member kasi bangun sahur ...
ke dapur , settle apa yang tak siap lagi ...
jalan ke bilik lagi sekali.. bantal busuk masih tak bergolek, bangun lah sayang oi, kau ingat aku rajin sangat nak kejut kan kau ni , pagi-pagi buta membebel? dua tiga kali ke bilik hang hah?
'oi mak cik kau dah membebel dah pun, adoii, berpusing-pusing kepala aku , otak aku nak kasi reflex kat suara kau ni da lambat kau tahu, sunnah nabi pun kalau nak bangun kene slow-slow.. bukan dengan cara kejutan elektrik macam ni ' rungut yaya dengan suara yang jelas..
oi, banyak cantek kau punya slow!. kalau dah 10mint lagi waktu sahur tinggal , wssalam lah kalau bukan kejutkan.. esok jangan cakap aku tak kejut kau pulak!

'yela yela aku bangun'
waktu sahur macam ni kalau kat rumah dan makan dengan family jangan harap ada yang bukak mulut, bukak mulut bercakap la, tang makan tu luas lagi sikit ,,
tapi bila ngan kawan-kawan .. kadang-kadang ada je mood tanak borak.. tapi kalau tak mo kasi ngantuk,kene jugak borak-borak. kalau cite lawak lagi la, ketawa bagi tak ingat org lain pun tgah sahur gakss
tu salah satu cara untuk tak nak kasi subuh sama besar dengan gajah... yela kalau dah makan, perut kenyang, senang hati ...--> tidoq la jawabnyaa, subuh?? tak payah tanya ghaibb dah sama waktu ngan dhuha ..
sakit ni payah nak ubat, ada ubat dia, semua nya diri sendiri punya hal namanya mujahadah..

Mujahadah ni payah nak dapat, dalam diri kalau iman tak cukup sihat abis la wei.. aku cakap ni bukan untuk orang lain.. tu kes bangun sahur, makan kenyang-kenyang then tidur balik..
yang kes tak bangun sahur ni macam mana? oowh yang ni bangun awal sikit la sebab dia rasa lapar tak makan, mana tak nya kalau malam-malam buat menda lain, tak moreh lagi.. mungkin moreh kat sini tak berapa sedap macam kat rumah heh..
Apabila tinggal sunnah . tinggal la yang wajib nya , tnggal la ganjaran pahala yang ditawarkan dengan harga meletop pada bulan mulia.. selain waktu subuh, waktu mana lagi yang rajin nak baca qur'an?
zohor? tak payah tipuu.. asar? ermm boleh kee , mase tu energy dah tahap low, kalau yang boleh tade hal..
aku dengar je kat luar sana bunyi2 alunan suci pada waktu asar, bunyi sayup2 suara laki..maghrib pula? owhh masa itu sangat mencemburuii, sangat pendek, nak berbuka lagii, nak mandi lagii, nak siap2 ke masjid lagii.. wahh oke lepas isyak. eh tak, lepas terawihh, Kalauu buat terawih..guna ayat umum lah,lepas waktu isyak baca al-qur'an, insyaAllah sempat je.. ambil lah waktu tu , sekarang dah tak punya banyak masa, sedar tak sedar Ramadhan kita dah nak habis. tingkat amalan kita. masa ni la nak buang kotor2 dalam diri di bulan yang 'bersih' ini..untuk ramdhan seterusnya , jom sama berharap nanti boleh jumpa lagi.. chiaww



Friday 19 August 2011

permulaan bagi semerah hati

salam sejahtera.. hadirnya hati memenuhi ruangan2 blog terutamanya untuk menceritakn kisah2 yang terjadi pada semerah hati..banyak liku-liku dunia ini yang terjadi.. tapi yalah sebagai manusia nak tak nak lepas hujan mesti ada pelangi.. sebab tu janji Dia sendiri

Nak menceritakan serba sedikit pasal tuan empunya diri ini.. seorang pelajar mencecah 20an...
Diri ini hanya manusia biasa bukan sesiapa pada sesiapa tetapi hamba yang hina didepan Nya,menetap di salah sebuah tempat yang namanya negara, dalam nya ada negeri *_8 yang penting aku berada jauh dari family , tahun 2011 ni nampak gaya nya beraya diperantauan :).xkisah la kata ramai orang, pengalaman dapat beraya jauh dari family ..lepas raya sem baru dah bukak , doakan aku yang terbaik.. Ingin memberi sesuatu yang bermanfaat pada semua disamping aku bebas berkata2 .. ilmu kalau disimpan , ianya akan berdebu bila ditiup nya akan hilang dibawa angin.. insyaAllah disini akan cuba untuk sebarkan nya dan aku masih perlukan bimbingan serta nasihat , wssalam ... chow